Labels

Wednesday, June 15, 2011

Kad Kredit

Kad Kredit
Tidak dinafikan ramai diantara kita yg guna kad kredit nie..malah, ade jugak yg tak guna dgn alasan takut nak pakai sebab takut takleh bayar…kalau dah guna tu bayar je lahkan…saya ade beberapa kad kredit…dalam 4 keping je..kenapa perlu banyak sampai 4 keping?
Sebab setiap kad tu ade kegunaan masing masing…

Kad pertama..maybank 2 cards…
Yg ni govt tax kene rm50 je untuk dua kad nie…
Yg best pasal kad ni sebab dapat 5X treatpoints (AMEX sahaja)setiap kali transaksi…lagi satu kalau guna weekend (sabtu dan ahad) akan dapat 5% rebate (AMEX sahaja) dan tak kira dimana sahaja asalkan swipe guna AMEX on weekend (maksimum rm50 sebulan je)…menarik bukan…setakat govt tax rm50 tu apalah sangat kalau dicomparekan dengan rebate rm50 setiap bulan tu..setahun dah rm600 dapat rebate..point pulak dapat 30K (andaian spend 1K sebulan guna AMEX selama setahun)..30K point tu boleh diconvert ke cash (200points=RM1,) pergh dah jadi RM300…memang best kad nie…
BT – Kadang kadang Maybank ade offer buat BT 12bulan 0%..masa ni kene rebut peluang la…

Kad kedua..OCBC Titanium…
Yg ni pun kene rm50 untuk govt tax …
Kad ni pun best jugak sebab dapat 5% rebat kalau pakai beli groceries, petrol dan juga bayar bil-bil macam astro,tnb,syabas,celcom,maxis…dan macam macam lagi,kira major punya bil mesti dapat rebatelah…
Bila kita dah guna rm10K untuk kad ini selama setahun, pihak bank akan bagi bonus rm50..kira leh la offset untuk govt tax untuk tahun berikutnya…
BT – tak menarik sangat dari bank nie..

Kad ketiga..CIMB VISA Touch N go…
Yg ni pun kene rm50 untuk govt tax …
Kad ni takde rebate, cuma ade points je..macam biasalah rm1=1point…tapi yg tak best nya point tu ade expiry date…yg best kad ni boleh buat flexi pay..setiap transaksi boleh diconvert ke monthly installment selama 10bulan sahaja dan tiada processing fee.. offer limited kepada insurans,medical…dan sewaktu dgnnya..kad ni perlu kalau beli insuran kereta yg cecah lebih dari 1 tu,kalau diconvert ke monthly tu takdelah banyak sangat nak membayarnya, tul tak
buat kaki wayang tu, kalau guna kad ni, akan dapat satu tiket free dgn pembelian satu tiket di GSC sahaja…satu lagi, kad kredit ni dah ade chip built in untuk touch n go…so, guna je cc ni untuk masuk touch n go tu…kalau balance jatuh ke bawah rm50, akan auto top up amount yg kita dah set awal2 masa apply (rm100,rm200 atau rm300)…auto top up tu free, tiada processing fee
BT – sama jugak macam maybank, kadang2 ade offer BT 0% selama 6bulan dan no processing fee..

Kad keempat..Al Rajhi Charge card…
Yg ni pun kene rm50 untuk govt tax …
Dan juga annual fee rm120 setahun
Kad ni takde offer rebate dan points macam kad kad sebelum ni, Cuma ade facility cash advance (CA) yang menarik…withdrawal boleh dibuat max 1.5K dan charge pengeluaran tu hanya rm10 sahaja..menarik bukan…lagi satu, kalau bank lain mengenakan interest 1.5% daily rest terhadap CA ni, kad ni pulak free selama 55 hari…Cuma anda kene pandai bermain antara SD dan juga DD anda..lagi satu, pengeluaran hanya terhad kepada 50% daripada credit limit anda

Kesimpulannya, kalau kita pandai ambil peluang dgn produk2 yg bank offer nie, sedikit sebanyak kita akan dapat manfaat…cuma akan jadi mudarat kalau kita guna cc ni tapi time bayar, nak bayar minimum payment je,ha…yang ni memang nak cari nahas la…

No comments:

Post a Comment