Labels

Sunday, June 19, 2011

I-city...

Ape ade kat i-city ni sebenarnya?kebetulan pulak snowwalk tu baru nak launch, lalu diterbangkan Dora the explorer (karakter nickelodeon) ni i-city nie......

pergh dah lain dah i-city sekarang, parking dah bertar...bayaran pulak dah naik ke rm10 sekali masuk..sebelum nie rm1 je per entry



tgh mencari cari parking

tak jadi nak masuk snowwalk tu sebab ingtkan boleh main masuk jer..last last kene rm30 untuk dewasa (ke 25 ek,dah lupa la)...dok je la kat kat luar tu...

tup tup terdengar announcer kat center stage cakap leg bergambar dgn Dora tu, tapi 30 orang pertama jer, rasanya yg beratur nak bergambar lebih dari 100 family kot...hampeh tul...menangis nagis aliya sebab takleh bergambar...

Wednesday, June 15, 2011

Kad Kredit

Kad Kredit
Tidak dinafikan ramai diantara kita yg guna kad kredit nie..malah, ade jugak yg tak guna dgn alasan takut nak pakai sebab takut takleh bayar…kalau dah guna tu bayar je lahkan…saya ade beberapa kad kredit…dalam 4 keping je..kenapa perlu banyak sampai 4 keping?
Sebab setiap kad tu ade kegunaan masing masing…

Kad pertama..maybank 2 cards…
Yg ni govt tax kene rm50 je untuk dua kad nie…
Yg best pasal kad ni sebab dapat 5X treatpoints (AMEX sahaja)setiap kali transaksi…lagi satu kalau guna weekend (sabtu dan ahad) akan dapat 5% rebate (AMEX sahaja) dan tak kira dimana sahaja asalkan swipe guna AMEX on weekend (maksimum rm50 sebulan je)…menarik bukan…setakat govt tax rm50 tu apalah sangat kalau dicomparekan dengan rebate rm50 setiap bulan tu..setahun dah rm600 dapat rebate..point pulak dapat 30K (andaian spend 1K sebulan guna AMEX selama setahun)..30K point tu boleh diconvert ke cash (200points=RM1,) pergh dah jadi RM300…memang best kad nie…
BT – Kadang kadang Maybank ade offer buat BT 12bulan 0%..masa ni kene rebut peluang la…

Kad kedua..OCBC Titanium…
Yg ni pun kene rm50 untuk govt tax …
Kad ni pun best jugak sebab dapat 5% rebat kalau pakai beli groceries, petrol dan juga bayar bil-bil macam astro,tnb,syabas,celcom,maxis…dan macam macam lagi,kira major punya bil mesti dapat rebatelah…
Bila kita dah guna rm10K untuk kad ini selama setahun, pihak bank akan bagi bonus rm50..kira leh la offset untuk govt tax untuk tahun berikutnya…
BT – tak menarik sangat dari bank nie..

Kad ketiga..CIMB VISA Touch N go…
Yg ni pun kene rm50 untuk govt tax …
Kad ni takde rebate, cuma ade points je..macam biasalah rm1=1point…tapi yg tak best nya point tu ade expiry date…yg best kad ni boleh buat flexi pay..setiap transaksi boleh diconvert ke monthly installment selama 10bulan sahaja dan tiada processing fee.. offer limited kepada insurans,medical…dan sewaktu dgnnya..kad ni perlu kalau beli insuran kereta yg cecah lebih dari 1 tu,kalau diconvert ke monthly tu takdelah banyak sangat nak membayarnya, tul tak
buat kaki wayang tu, kalau guna kad ni, akan dapat satu tiket free dgn pembelian satu tiket di GSC sahaja…satu lagi, kad kredit ni dah ade chip built in untuk touch n go…so, guna je cc ni untuk masuk touch n go tu…kalau balance jatuh ke bawah rm50, akan auto top up amount yg kita dah set awal2 masa apply (rm100,rm200 atau rm300)…auto top up tu free, tiada processing fee
BT – sama jugak macam maybank, kadang2 ade offer BT 0% selama 6bulan dan no processing fee..

Kad keempat..Al Rajhi Charge card…
Yg ni pun kene rm50 untuk govt tax …
Dan juga annual fee rm120 setahun
Kad ni takde offer rebate dan points macam kad kad sebelum ni, Cuma ade facility cash advance (CA) yang menarik…withdrawal boleh dibuat max 1.5K dan charge pengeluaran tu hanya rm10 sahaja..menarik bukan…lagi satu, kalau bank lain mengenakan interest 1.5% daily rest terhadap CA ni, kad ni pulak free selama 55 hari…Cuma anda kene pandai bermain antara SD dan juga DD anda..lagi satu, pengeluaran hanya terhad kepada 50% daripada credit limit anda

Kesimpulannya, kalau kita pandai ambil peluang dgn produk2 yg bank offer nie, sedikit sebanyak kita akan dapat manfaat…cuma akan jadi mudarat kalau kita guna cc ni tapi time bayar, nak bayar minimum payment je,ha…yang ni memang nak cari nahas la…

Gold Coast Part 2

Tiba di airport tepat 7.30pagi di Gold Coast (Coolangatta Airport)...ingatkan besar airport ni, kecik je cam lebih kurang LCCT jugak la...lama jugak beratur nak lepas kastam,dalam sejam...sejam tu nak chop passport je...setengah jam lagi nak check 'bekalan' yang dibawa...kalau takde bawak makanan boleh terus potong que je...satu je makanan yg tak lepas...makanan yg dah dipre order atas flight...tak sempat makan,ingat nak makan bila sampai,alih2 tak lepas plak sebab ade meatball...apelagi,ke tong sampah la jawabnya...

lepas habis kastam,nampakla si david memegang sepanduk 'Mr Yusman"..itu aku la tu...terus follow dia ke kereta sewa..amnik jenis Mitsubishi Lancer..AUD320 untuk 7 hari..convert sendiri ke RM ye...rasa cam standard kat langkawi je..



oleh kerana sampai awal, tak tahu nak kemana...otw ke surfers paradise,breakfast dulu kat Pacific Fair...dari airport ke surfers paradise dalam 40minit la...takut oo nak speeding,nanti kang tak pasal2 kene bayar saman AUD300 o sekali kene...bawak je la ikut speed limit 80km/h tu...

"breakfast di Pacific Pair"
Pacific Fair ni besar gak la..rasanya sehari kot baru habis explore..kitaorang pegi kedai yg best best je...yg tak menarik tu bypass je lah...

dah habis pacific tu, awal lagi jugak..dalm kul 12 tak tahu nak gi mana,so kitaorang pegi town surfers paradise dulu..apt yg disewa tu dalam 5 minit ke town..bolehla survey jalan dulu kat sini...







"HRC Surfers Paradise"












kat belakang tu la pantai gold coast yg femes itu ..terutama time summer,time kitaorang pergi tu awal winter, tak ramai yg mandi mungkin sebab sejuk

Gold Coast Part 1

Inilah kali pertama pergi luar dari Asia Tenggara, asyik asyik Bandung, Jakarta,Bandung,Jakarta...asyil asyik shopping je...daripada perabih kat shopping, baiklah pegi jalan jalan tgk negara orang...kali ni ke OZ pulak...

flight macam biasa la kul 9.30malam....mengambil masa 8 jam....boleh la tidur dalam flight..makanan pulak depa serve 2 kali, sekali pukul 11 malam dan sekali lagi pukul 4 pagi kot, beberapa jam sebelum touch down...

nak pergi aussie ni takleh buat website check in sebab depa nak check ETA...ni kira cam visa nak masuk australia la...yg bestnya visa ni valid selama setahun...boleh berulang kali masuk australia...cheh,macam la nak pergi banyak kali kan...


macam biasala, nak budget punya pasal, naik AirAsia aje la...beli bulan 4 2009...date travel june 2010...pergh,kalau mengandung memang dah deliver dah nie...ekekekeke....



touch down kat gold coast (7.30am australia time, 5.30am Malaysia Time...beza masa 2 jam antara malaysia dan aussie nie)....sebelum nak touch down tu ade la sunset dan leh tgk muka bumi oz nie..